Friday 19 June 2015

Sekilas Ramadan

Assalamualaikum wbt...

Salam Jumaat [2 Ramadan 1436H]...
Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Alhamdulillah, telah pun masuk hari kedua kita berpuasa. Semoga segala ibadah dan amalan yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan ini ikhlas kerana Allah Ta'ala. Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk bermalas-malasan, berehat, tidur sepanjang hari dan sebagainya...


Saturday 22 March 2014

Muzik Video Cinta Naela

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, akhirnya siap juga muzik video pertama kami untuk lagu Cinta Naela. Setelah beberapa lama berfikir untuk merakamkan muzik video ni, kami mengambil keputusan memilih lokasi di Taman Seribu Bunga di Ayer Keroh, Melaka untuk penggambaran.

Jauh perjalanan kami dari Terengganu ke Melaka, maka terhasillah sebuah muzik video yang sederhana khas untuk anda semua. Terimalah daripada kami SEEDRAIN, Cinta Naela.


Saturday 22 February 2014

Throwback! Seedrain 2012 - 2013

Imbasan aktiviti-aktiviti Seedrain di sepanjang tahun 2012 dan 2013.

Di konti IkimFM dan SalamFM

Show di Karnival Mahabah IkimFM di Kota Bharu, Kelantan

Di konti MelakaFM, TV AlHijrah dan RTM

Bersama kumpulan nasyid Saujana, DJ Pyan dan Devotees

Show Seedrain di sana sini

Saturday 11 January 2014

Kisah Di Sebalik Lagu Cinta Na'iila




Nai'lah Al-Farafishah atau nama sebenarnya Nailah Binti Farafishah Bin Al-Ahwash Al-Kalbiyah, merupakan seorang serikandi yang berani mempertahankan suaminya yang tersayang iaitu Khalifah Uthman bin Affan. Beliau seorang yang cantik dari segi rupa dan akhlaknya serta terkenal sebagai seorang yang pandai, matang dalam berfikir.

Nai'lah hidup di rumah Khalifah Uthman dengan penuh penghormatan dan sentiasa berada disampingnya dalam segala urusan. Malah dia telah mempertaruhkan dirinya demi keselamatan Khalifah. Ketika fitnah berada di kemuncaknya, rumah Khalifah dikepung oleh kumpulan pemberontak, namun dia tetap setia berada di sisi Khalifah. Nai'lah telah menahan pukulan pedang oleh salah seorang pemberontak dengan tangannya sebelum pukulan itu sampai kepada Khalifah sehingga terputus jari-jarinya. Selepas berhempas pulas cuba menyelamatkan suaminya dari terkena pedang itu, tetapi tidak berjaya dan akhirnya Khalifah syahid di tangan pemberontak tersebut.

Sesudah kematian khalifah, tiada siapayang berani hendak memandikan dan menguruskan jenazah Khalifah Uthman sehingga Nailah menghantar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Huwaitib bin Abd Uzza. Mereka tidak berani mengebumikannya di waktu siang. Akhirnya mereka keluar antara Maghrib dan Isyak untuk menanam jenazah Khalifah. Nailah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk menerangi malam.

Berita kematian Khalifah tersebar luas. Dan peristiwa inilah yang membawa perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umat islam. Sejak daripada peristiwa itu, Nailah telah memainkan peranannya untuk mengubah pangaliran gerakan sejarah Islam selepas itu. Berikut ialah surat yang ditulis oleh Na'ila kepada Mu’awiyah Bin Abu Sufyan mengingatkan firman Allah Ta’ala dari surah Al-Hujrat ayat 9 yang bermaksud:

“Dan kalau dua golongan dari kaum mukminin itu berperang, maka hendaklah kamu damaikan antara keduanya, kalau yang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggar perjanjian itu sehingga mereka kembali kepada perintah Allah”.

Nailah menghantar surat itu bersama pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut oleh Muhammad Bin Abu Bakar. Dia turut mengirimkan lima jari yang terpotong. Walaupun telah beberapa lama kematian suami, kesedihan tetap menyelubungi hatinya. Kesedihan Nailah tidak pernah putus sehinggalah Muawiyah meminangnya. Nailah menolak dan mematah-matahkan giginya sehingga orang lain bertanya:

"Mengapakah kamu mematah-matahkan gigi mu yang cantik itu?".

Lalu Nailah menjawab:

"Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman".

Sebagai seorang sasterawan dan penyair, Nialah banyak mengubah sajak dan syair yang di abadikan buat suaminya. Dia menolak perkahwinan selepas perginya Saidina Uthman. Dia tetap setia meskipun selepas kematian Khalifah. Dialah wanita yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk perjuangan suaminya.

Apakah mampu kita menjadi sesetia Na'ilah? Cintanya yang suci terhadap suaminya itu bukan kerana harta benda dan darjat. Sesungguhnya syurga seorang isteri itu terletak dibawah telapak kaki suami. Pengajaran dari kisah Na'ilah ini, apakah kita mampu menandingi srikandi terdahulu. Renung-renungkanlah......

Sunday 29 December 2013

Show Pertama Seedrain Untuk Tahun 2014


Seedrain akan mengadakan persembahan Dana Unit Amal bersama Munif Hijjaz di Pahlawan Resort, Kg. Pauh, Kuala Berang, Terengganu pada 4 Januari 2014 ini. Untuk maklumat lanjut sila rujuk pada poster di atas.

Friday 27 December 2013

Selamat Pengantin Baru Suffian Amrin (Saujana)

Selamat pengantin baru kepada Suffian Amrin dari kumpulan SAUJANA dan pasangannya Nadiah Yusof. Semoga kekal bahagia ke akhir hayat. Barakallahulakuma..
Kredit foto | Facebook Saujana

Saturday 21 December 2013

Carta Nasyid Sepanjang Zaman MelakaFM


Jika sebelum ini, Seedrain telah menjadi juara carta selama 2 minggu berturut-turut, tetapi pada minggu lepas lagu Cinta Naela-Seedrain jatuh di tempat ketiga.  Minggu ni macam mana pula agaknya?
Kalau hendak naikkan kami jadi juara, jangan lupa undi SeedRain di Carta Nasyid Sepanjang Zaman MelakaFM. Caranya mudah sahaja ikut arahan seperti yang tertera di atas. Let's undi banyak-banyak!! :D
Dengarkan MelakaFM di frekuensi 102.3GHz (untuk yang berada di Melaka sahaja) atau pun secara online di http://melakafm.rtm.gov.my .